Dah Kenapa Pakai Topi Keledar Dalam Pejabat?

Diterbitkan: Isnin, 14 Ogos 2017 8:20 AM

(Ubah saiz teks)

BIMBANG terhadap risiko keselamatan, sekumpulan pekerja di sebuah pejabat di Bihar, India terpaksa memakai topi keledar sepanjang waktu bekerja.

Rakaman video yang menunjukkan empat pekerja di sebuah pejabat sedang melakukan kerja mereka sambil memakai topi keledar tular dia media sosial negara itu sejak bulan lalu.

Keadaan tersebut membangkitkan kembali perdebatan mengenai keadaan bekerja yang daif di negara Asia.

Siasatan mendapati ia berlaku di sebuah bangunan kerajaan di Areraj di daerah Champaran dan ia dianggap bahaya oleh pemeriksa keselamatan dua tahun lalu.

"Jabatan pembinaan bangunan mengisytiharkan bangunan ini dalam keadaan bahaya untuk digunakan. Pihak berkuaa bagaimanapun mendapati tiada usaha untuk memindahkan pejabat ini," kata seorang pekerja, Amit Kumar Pandey kepada pemberita.

"Keadaan bertambah buruk disebabkan hujan apabila keseluruhan bangunan bocor, menyebabkan bahaya pada peralatan pejabat," katanya.

Beberapa bahagian bumbung pejabat itu pernah runtuh sebelum ini menyebabkan mereka terpaksa memakai topi keledar semasa bekerja.

Bagaimanapun pegawai kerajaan tempatan mengumumkan pejabat itu akan dipindahkan secepat mungkin selepas video tersebut tular.

"Pejabat itu akan dipindahkan ke tempat yang lebih selamat dalam tempoh sehari. Kita telah mengarahkan pemindahan dilakukan tetapi kelewatan berlaku. 

"Kita telah mengeluarkan surat tunjuk sebab berhubung keadaan itu bagi menjelaskan mengapa kelewatan pemindahan berlaku," kata seorang pegawai kanan.

Beliau berkata, surat tunjuk sebab turut dikeluarkan kepada empat pekerja yang dilihat di dalam video tular itu kerana mereka didapati memaklumkan masalah di media dan tidak mengusulkannya kepada penyelia. - odditycentral


iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan