60 Budak Maut Akibat Hutang Bekalan Oksigen?

Diterbitkan: Isnin, 14 Ogos 2017 10:37 AM

(Ubah saiz teks)

LUCKNOW: Hampir seorang kanak-kanak meninggal dunia setiap jam di Hospital Baba Raghav Das di sini menjadikan keseluruhannya seramai 60 orang untuk tempoh lima hari sepanjang minggu lalu.

Kanak-kanak ini yang kebanyakannya menghidap penyakit Japanese Encephalitis (JE) dan kelahiran bermasalah itu maut kerana tindakan mematikan  bekalan oksigen berpunca daripada masalah bayaran dengan pembekal.

Senario menyedihkan itu mencatatkan 23 kematian dalam masa 24 jam, sekali gus mendesak Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath bergegas pulang ke kawasan yang diwakilinya, Gorakhopur, Ahad.

Susulan itu, kerajaan Uttar Pradesh telah menggantung khidmat pentadbir hospital berkenaan.

Bagaimanapun, kerajaan terlibat menafikan masalah kewangan adalah punca kejadian itu, sebaliknya mendakwa kematian kanak-kanak itu kerana kekurangan bekalan oksigen.

Sebelum itu, pembekal oksigen ke hospital itu telah beberapa kali menuntut hospital berkenaan melangsaikan tunggakan hutang Rs68 lakhs bagi mengelak gangguan bekalan.

Bagaimanapun, selepas kematian 23 kanak-kanak pada Jumaat, pihak hospital terlibat hanya membayar Rs 21 lakhs daripada jumlah hutang berkenaan.

Situasi panik dilaporkan berlaku di hospital terbabit selepas ahli keluarga cuba menggunakan beg pernafasan manual untuk membantu kebanyakan mangsa.

Sementara itu, pegawai daerah, Anil Kumar memberitahu, kematian itu berlaku secara semula jadi berikutan ramai pesakit berada dalam kritikal. - HindustanTimes



Tags / Kata Kunci: Uttar Pradesh , JE

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan