Kereta Cair Ditimpa Belut

Diterbitkan: Sabtu, 12 Ogos 2017 4:01 PM

Keadaan kereta mangsa yang ditimpa oleh tumpahan belut. - Oregon State Police via EPA

(Ubah saiz teks)

MALANG memang tidak berbau. Itu yang menimpa pemandu kereta di Oregon, Amerika Syarikat apabila kenderaannya seolah-olah mencair selepas ditimpa belut.

Keadaan itu berpunca daripada sebuah trak yang terbalik di lebuh raya Oregon lalu menumpahkan sebanyak 3.4 tan belut ke atas jalan raya.

Belut-belut itu menghasilkan cecair selut apabila berada dalam keadaan terancam.

Polis berkata, ketika pemandu trak menghampiri kawasan jalan yang sedang dalam pembinaan dan cuba berhenti, satu kontena 'terbang' dari trak tersebut dan meluncur ke arah bertentangan, manakala kontena lain pula tertumpah di atas jalan raya.

Kontena yang terbang itu menghentam sebuah kereta sehingga mengakibatkan kereta tersebut dan empat kenderaan lain turut berlanggar.

Kata polis, orang awam yang terlibat dalam kejadian itu mengalami kecederaan ringan.

Jalan itu dibuka semula selepas kerja-kerja pembersihan siap dilakukan pada tengah hari Khamis.

Menurut laporan King5, belut hidup itu akan dieksport ke Korea untuk pasaran negara tersebut.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan