Dipanggil ‘Syaitan’ Kerana Tangan Besar, Panjang

Diterbitkan: Sabtu, 12 Ogos 2017 1:02 PM

(Ubah saiz teks)

SATU penyakit misteri menyebabkan tangan seorang kanak-kanak tumbuh sehingga 12 inci panjang.

Tarik, 12, dari Uttar Pradesh, India juga mempunyai tangan yang besar sejak lahir.

Dia dicemuh oleh penduduk kampung yang memanggilnya ‘syaitan’ kerana percaya bentuk tangannya yang besar dan panjang adalah satu sumpahan.

“Mereka fikir ini sumpahan, tetapi mereka tidak tahu ia penyakit yang boleh disembuhkan,” kata Tarik yang yakin penyakitnya boleh pulih.

Dahulu, bapanya sering membawanya bertemu doktor.

Namun, sejak kematian bapanya, dia hanya mempunyai ibu dan keluarganya tidak mampu membiayai kos rawatan.

Tarik tidak diterima masuk ke mana-mana sekolah kerana pihak pengurusan sekolah risau keadaan tangannya itu akan menakutkan pelajar-pelajar lain.

“Saya mahu pulih. Saya ingin pergi ke sekolah dan bermain seperti kanak-kanak lain. Saya yakin, tangan saya akan normal suatu hari nanti.

“Kami tiada wang untuk rawatan, tetapi itu tidak bermakna saya tiada harapan untuk pulih," katanya.

Abang Tarik, Hargyan, berkata: “Tangannya sangat besar dan saya yang menguruskannya sebab dia tak dapat buat banyak perkara seperti mandi, pakai baju dan makan."

“Kami perlu menjaganya setiap masa kerana dia bergantung sepenuhnya dengan kami. Tetapi saya yakin, dia akan mendapat rawatan yang sewajarnya,” kata Pushpa, ibu saudara Tarik.

“Kami pergi ke banyak tempat untuk mendapat rawatan. Semua doktor  tidak mempunyai peralatan canggih kerana kami tidak mampu pergi ke hospital yang lebih sesuai,” kata Hargyan.

“Doktor-doktor itu mencadangkan Tarik menerima rawatan yang sewajarnya. Tetapi kami tidak mampu," katanya.

Dalam satu kunjungan baru-baru ini, Dr Pawan Kumar Gandhi berkata: Penyakitnya adalah satu misteri kerana kami tidak pernah melihat penyakit seperti ini.

“Saya pernah melihat beberapa kes yang hampir sama iaitu penyakit Kaki Gajah. Keadaannya kelihatan ada persamaan seperti itu.

“Peluang untuk pulih adalah rendah tetapi dalam dunia sains, terdapat banyak penyelidikan. Oleh itu, tiada perkara yang mustahil.” -dailymailUK

Tags / Kata Kunci: penyakit misteri , Kaki Gajah

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan