Anny Divya - Juruterbang Boeing 777 Termuda

Diterbitkan: Sabtu, 12 Ogos 2017 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

WANITA ini mungkin satu-satunya juruterbang yang tidak pernah menaiki pesawat sebagai penumpang.

Pada usia 30 tahun, Anny Divya bergelar komander wanita paling muda untuk pesawat Boeing 777.

"Kali pertama saya menjejakkan kaki dalam pesawat adalah untuk menerbangkannya.

"Saya dari keluarga dengan latar belakang yang serba kekurangan, tidak mampu untuk berjalan-jalan sambil menaiki kapal terbang," kata juruterbang Air India berpangkalan di Mumbai kepada MailOnline Travel.

Kini Anny yang mengambil inisiatif mempelajara bahasa Inggeris pada usia 17 tahun mampu mengendalikan pesawat yang mampu menampung 396 penumpang.

Dibesarkan di Vijayawada, Andhra Pradesh mengakui kejayaannya hasil sokongan ibu bapanya.

"Sejak usia muda lagi saya sering mendongak ke langit dan mahu menyentuh pesawat yang terbang.

"Hanya apabila ibu mencadangan supaya saya menjadi juruterbang, barulah saya mula memikirkan bahawa impian itu boleh menjadi kenyataan," katanya.

Anny kemudiannya mengikuti kelas penerbangan di Akademi Indira Ghandi Rashtriya Uran pada usia 17 tahun, berjaya memperoleh biasiswa dan selesai menjalani latihan dua tahun kemudian.

Bermula dari bawah, Anny kemudiannya mendapat kepercayaan untuk memikul tanggungjawab dalam Air India, malahan berjaya menamatkan latihan di London di mana dia berpeluang menerbangkan pesawat Boeing 777 buat pertama kalinya.

"Menjadi juruterbang adalah kerjaya di mana anda perlu melakukan yang terbaik pada setiap masa kerana nyawa penumpang dan kru di tangan anda," katanya.

Tambahnya, selain perlu pantas dalam matematik dan fizik, seorang juruterbang juga perlu ada kepantasan, komunikasi, keprihatinan dan keupayaan yang pelbagai.

Kini Anny terbang antara 70 dan 80 jam sebulan dan mampu membiayai pendidikan adik-adiknya ke luar negara dan membeli rumah untuk ibu bapanya.

"Ramai yang terkejut dan kagum apabila tahu seorang wanita menerbangkan pesawat," katanya.







Tags / Kata Kunci: Anny Divya , Air India

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan