40 Ditahan Cuba Ke Makkah Tanpa Dokumen Sah

Diterbitkan: Jumaat, 11 Ogos 2017 2:46 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

TUBAN (Indonesia): Pejabat Imigresen Indonesia pada Khamis, menggagalkan usaha 40 jemaah haji negara itu untuk ke Makkah tanpa dokumen sah, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).

Ketua bahagian imigresen Sulawesi Selatan Ramli memberitahu AA, jemaah haji berkenaan ditahan di lapangan terbang Makassar.

"Mereka cuba ke Arab Saudi melalui Singapura dan Sri Lanka untuk menunaikan haji walaupun hanya memperolehi visa pelancong," katanya.

Semua jemaah berasal dari Sulawesi Selatan, tempat di mana penduduk perlu menunggu sehingga 29 tahun untuk menunaikan haji jika mendaftar dengan kerajaan.

Kuota haji ditentukan kerajaan Arab Saudi berdasarkan jumlah umat Islam setiap negara, bagi sejuta umat Islam 1,000 kuota jemaah haji diperuntukkan.

Indonesia yang mempunyai penduduk kira-kira 256 juta, menghantar sekitar 200,000 jemaah haji ke Makkah setiap tahun.

Ketua bahagian haji dan umrah Kementerian Hal Ehwal Agama, Abdul Djamil berkata, senarai menunggu untuk menunaikan haji di Indonesia sangat ramai.

Setakat ini, terdapat lebih dua juta penduduk Indonesia dalam senarai menunggu, disebabkan itu terdapat beberapa penduduk cuba menggunakan alternatif lain.

Pada Ogos tahun lepas, 177 warga Indonesia ditahan kerana menggunakan pasport haji Filipina.

-Bernama
Tags / Kata Kunci: Makkah , haji

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan