China Anggap Ancaman 'Api Dan Kekerasan' Trump Berbahaya

Diterbitkan: Jumaat, 11 Ogos 2017 10:43 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: China menganggap kenyataan berbaur ancaman 'api dan kekerasan' yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap Korea Utara adalah sesuatu yang berbahaya.

Kenyataan seperti itu bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan ketegangan dalam isu pembangunan senjata nuklear Pyongyang, sebaliknya ia memburukkan lagi keadaan dan masalah.

“Suasana di Semenanjung Korea rumit dan sensitif, pihak yang terlibat perlu mengelak daripada mengeluarkan perkataan dan tindakan yang akan memburukkan lagi keadaan,” kata Kementerian Luar China dalam kenyataannya.

Kementerian itu mengulas mengenai kenyataan Trump bahawa Korea Utara bakal berhadapan dengan ‘api dan kekerasan’ yang tidak pernah dilihat dunia jika terus memberi ancaman kepada AS.

Trump mengeluarkan amaran itu selepas Pyongyang berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk melancarkan peluru berpandu ke Pulau Guam yang merupakan wilayah milik AS.

Sementara itu, agensi Berita Korea Tengah yang memetik kenyataan seorang tentera memaklumkan, jika dimuktamadkan, rancangan berkenaan akan dilaksanakan sebaik pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un membuat keputusan.

China merupakan rakan sekutu dan rakan perdagangan terbesar Pyongyang sejak sekian lama menggesa AS dan Korea Utara supaya mencari penyelesaian melalui meja rundingan dalam usaha menghapuskan program nuklear negara jirannya.

Kenyataan Trump merupakan amaran keras Washington ke atas program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara yang menyaksikan sekatan terbaharu dikenakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada minggu ini. – AFP


Tags / Kata Kunci: Trump , China

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan