Budak Autisme Cedera, Pembuli Lempar Kayu Berpaku

Diterbitkan: Khamis, 10 Ogos 2017 1:42 PM

(Ubah saiz teks)

ROMEO Smith, dari Mansfield berdepan situasi cemas apabila tiba-tiba diserang sekumpulan pembuli yang melempar kayu berpaku ketika dia berjalan pulang selepas melawat neneknya.

Budak lelaki yang disahkan autisme berusia sembilan tahun itu didekati sekumpulan pembuli yang memegang kayu sambil mengejeknya hingga menyebabkan dia cuba melarikan diri dan memanjat pokok.

Bagaimanapun, salah seorang pembuli telah melempar kayu berpaku kearahnya dan terkena belakang kepala kanak-kanak istimewa itu.

Sebelum kejadian berlaku, ibunya, Natasha, 30, berjalan pulang ke rumah bersama Romeo dan tiga anaknya yang lain.

“Romeo ketinggalan di belakang dan ia perkara yang biasa dilakukannya," katanya.

Apabila sampai ke rumah, Natasha menyedari Romeo tiada di belakangnya, sekali gus menyebabkan suaminya, Craig, 35, serta-merta pergi mencari budak lelaki itu.

Craig menemui anaknya terperangkap di pokok dan pada masa sama tiga budak lelaki berada di tempat sama sambil memegang kayu dan melemparkan kata-kata kesat.

Ketika dua beranak itu beredar dari situ, Romeo dilempar kayu berpaku yang terkena belakang kepalanya.

Kanak-kanak malang itu dibawa ke hospital King’s Mill dan doktor memberinya morfin sebelum mengeluarkan paku itu.

Antibiotik perlu diberi kerana paku itu sangat kotor dan dipenuhi pepijat.

“Saya tidak tahu mengapa dia diserang, mungkin kerana dia kanak-kanak autism atau mungkin kerana mereka anggap dia lemah.

“Jika saya bertemu dengan budak-budak lelaki itu, saya akan memberitahu mereka supaya berhenti membuli. Saya tidak mahu perkara ini terjadi pada kanak-kanak lain,” katanya.


Tags / Kata Kunci: Romeo Smith , autisme

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan