Nenek 91 Tahun Raih Ijazah

Diterbitkan: Khamis, 10 Ogos 2017 6:17 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG nenek dari Thailand telah membuktikan bahawa usianya yang mencapai 91 tahun bukan penghalang dalam usaha menuntut ilmu, sekali gus berjaya memperoleh segulung ijazah.

Kimlan Jinakul telah lama teringin untuk belajar di universiti, sejak usia mudanya lagi tetapi tidak pernah mendapat kesempatan.

Bercakap kepada BBC di Bangkok, katanya peluang keemasan itu akhirnya tiba ketika melihat anak-anaknya membesar dan menamatkan pengajian mereka.

Jinakul yang berasal dari daerah Lampang, utara Thailand itu, merupakan seorang pelajar yang cekap dan pernah menuntut di salah sebuah sekolah terbaik di kawasan kediamannya.

Namun, apabila keluarganya berpindah ke Bangkok, dia berkahwin dan melupakan impiannya untuk melanjutkan pelajaran.

Jinakul menggalakkan anak-anaknya menuntut ilmu dan hasilnya, empat dari lima anaknya memperoleh ijazah sarjana.

Salah seorang dari anaknya juga mengikuti pengajian peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) di Amerika Syarikat.

Melihat kejayaan mereka, Jinakul berazam untuk belajar dan mengikuti program ijazah sarjana muda di Universiti Terbuka Sukhothai Thammathirat pada usia 72 tahun.

Namun, dia terpaksa menangguhkan pelajarannya kerana kematian salah seorang anak perempuannya.

“Selepas bangkit dari kesedihan, saya berazam untuk menamatkan pengajian,” kata Jinakul.

Dia kembali ke universiti pada usia 85 tahun untuk mendapatkan ijazah ekologi manusia demi mengajar dirinya menempuh kehidupan yang bahagia dan bermakna.

“Saya harap roh anak saya gembira melihat kejayaan ini. Minda saya sentiasa bekerja dan bersedia untuk belajar," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kimlan Jinakul , Thailand

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan