Kafe Dikecam Hidang Makanan 'Isi Perut' Manusia

Diterbitkan: Rabu, 9 Ogos 2017 3:51 PM

-foto Instagram Munchies Cardiff

(Ubah saiz teks)

SEBUAH kafe di Cardiff mencetuskan kontroversi dengan menu sarapannya yang baharu - hidangan sarapan klasik dalam balang.

Kafe Munchies, yang terkenal dengan hidangan bakar segar itu telah memuat naik gambar hidangan unik itu dalam akaun Instagramnya.

Gambar itu menunjukkan balang yang mengandungi makanan seperti telur, sosej, kacang panggang, hash brown dan dua keping roti bakar.

Namun, ramai yang tidak bersetuju dengan cara kafe itu menghidangkan sarapan klasik British kegemaran mereka. Pengguna Twitter, Liam berkongsi gambar tersebut dengan kapsyen ‘oh tidak’.

Ramai yang 'risau' dengan campuran telur dan kacang panggang malah ada yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk mereka makan sarapan tersebut.

Beberapa pengguna aplikasi itu juga berasa loya dan ada yang mengatakan hidangan tersebut kelihatan seperti isi perut manusia.

Namun, terdapat juga beberapa orang yang bersetuju dengan konsep itu dengan menulis: ‘Saya rasa ia kelihatan agak sedap?’

Membalas pandangan dan pendapat mereka, pemilik Munchies, Jordan Wentzel memberitahu MailOnline: “Balang itu untuk memudahkan pelanggan yang mahu membungkus makanan tanpa perlu membazir.

“Saya mendapat idea itu apabila berfikir, mengapa makanan perlu dihidang dalam pinggan sahaja?.

"Kami sebenarnya mempunyai kepakaran dalam menyediakan roti bakar keju dan hidangan bakar segar yang mana ia tidak mendapat perhatian," katanya.

Tags / Kata Kunci: balang , kafe hipster

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan