Kate Middleton Dikritik Tiada Aura, Faktor-X

Diterbitkan: Rabu, 9 Ogos 2017 9:11 AM

Kate Middleton

(Ubah saiz teks)

BEKAS ketua orang gaji kepada mendiang Puteri Diana, Paul Burrell berkata Kate Middleton tidak setanding dengan majikan lamanya kerana tidak mempunyai aura sebagai seorang puteri.

Burrell, yang berkhidmat untuk keluarga diraja dari usia 18 tahun menceritakan bagaimana dia menyayangi Diana yang dianggap sebagai sahabat baiknnya.

Tetapi ketika membincangkan tentang Kate Middleton dengan rangkaian berita Australia 9News, dia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kate 'tidak mempunyai aura'.

Dia berkata: "Saya telah bertemu dengan Mother Teresa, dia memilikinya, Pope John Paul II juga memilikinya, begitu juga Ratu, Diana sudah pasti memilikinya, tetapi Kate tidak.

"Dia seorang yang cantik dan jika anda dapat bertemu dengan Kate anda akan tahu bahawa dia benar-benar memuja suaminya dan mereka setia satu sama lain, tetapi tambahan yang anda panggil faktor X, aura, karisma...tidak ada padanya."

Komen itu dibuat selepas Channel 4 menyiarkan program 'Diana: In Her Own Words' pada Ahad, yang mencapai 3.5 juta tontonan, sekali gus menjadikannya pertunjukan yang paling ramai ditonton tahun ini.

Dokumentari itu berpandukan kepada pita yang dirakam oleh jurulatih suaranya, Peter Settelen, semasa mengajar kelas bimbingan vokal antara September 1992 dan Disember 1993 di Kensington Palace.

Tetapi bekas pelayan yang bekerja untuk Putera Charles dan Diana selama 10 tahun dari tahun 1987 itu tidak bersetuju dengan penyiaran pita tersebut yang menimbulkan kecaman pengkritik.

Burrell berkata: "Saya fikir apa yang berlaku ke atas dua orang dalam premis yang dihadang dengan empat dinding adalah peribadi."

Pada Ahad, pakar diraja mengkritik keputusan untuk menyiarkan rakaman pita tersebut, yang sebelum ini telah disiarkan separuh oleh rangkaian ABC di Amerika Syarikat.

Penny Junor berkata program itu 'sangat memualkan', Hugo Vickers melabelkannya sebagai 'tidak membantu' dan Robert Jobson berkata ia adalah 'mengenai rating'. -dailymail.uk

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan