Budak Nyaris Maut Lepas Jatuh Kereta

Diterbitkan: Rabu, 9 Ogos 2017 5:45 PM

Keadaan kanak-kanak yang terjatuh daripada sebuah kereta berwarna putih pada Isnin. - Facebook

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Seorang kanak-kanak jatuh dari sebuah kereta warna putih dan nyaris dilanggar oleh kereta tersebut.

Budak itu terselamat tanpa mengalami kecederaan yang serius. Insiden yang berlaku pada tengah hari Isnin di Minburi itu berjaya dirakam oleh kamera papan pemuka pemandu lain.

Melalui rakaman tersebut, kereta putih tersebut kelihatan berada dalam kesesakan jalan raya tetapi kanak-kanak perempuan itu terjatuh dari tempat duduk penumpang bahagian depan ketika kereta berkenaan mula bergerak.

Bagaimanapun, kereta itu tetap bergerak dan tayar belakangnya hanya beberapa inci daripada kaki kanak-kanak tersebut.

Video rakaman kejadian yang berlaku di Minburi, Bangkok.

Beberapa saat kemudian, seorang wanita dilihat lekas mengambil kanak-kanak berkenaan dan meletakkannya semula ke dalam kereta sebelum meneruskan pemanduan.

Video itu dikongsikan di laman Facebook oleh Pornpilin Aeamsaad yang menjelaskan bahawa dia tidak membuat penetapan kamera dengan betul dan telah mempamerkan tarik yang salah.

Keadaan kanak-kanak itu masih belum diketahui. - The Nation/Asia News Network

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan