Fon Kepala 'Ajaib' Bantu Kurus

Diterbitkan: Selasa, 8 Ogos 2017 2:27 PM

Dr Jason McKeown menunjukkan perubahan ketara pada bentuk badannya selepas menggunakan peralatan itu.

(Ubah saiz teks)

SEBUAH fon kepala yang berupaya menghantar isyarat kepada otak untuk mengurangkan selera makan telah dicipta bagi menangani masalah obesiti.

Peralatan canggih yang dikenali sebagai Modius itu didakwa dapat mengawal kelajuan metabolisma dan membakar kira-kira 16 peratus lemak tanpa memerlukan perubahan di dalam diet atau pun senaman.

Malah, ia juga dapat merangsang bahagian otak yang mengawal simpanan lemak.

Menurut pembekal peralatan itu, ia boleh membantu penggunanya menurunkan berat badan selain menguatkan otot serta memberi kesan besar pada trunkus.

Gajet itu dilancarkan pada Selasa dan tempahan awal sudah pun mula dibuka.


Ia hanya boleh dibeli bermula pada musim bunga dengan harga 190 pound sterling (RM1,060).

Pencipta bersama peralatan itu, Dr Jason McKeown berkata fon kepala itu boleh menurunkan lemak sebanyak 44 peratus.

Jelas beliau, pemakaian peralatan itu memberi kesan pada hipotalamus, satu bahagian otak yang bertanggungjawab mengawal kuantiti makanan yang diambil.

“Diet moden tidak memberikan tahap kesihatan yang seimbang dan masalah obesiti semakin menjadi-jadi.

“Kenaikan dan penurunan berat badan dikawal oleh otak yang mengawal selera, hormon, kadar metabolisma dan sebagainya.

“Modius menyelesaikan masalah ini dengan merangsang saraf vestibul dan mengaktifkan pusat badan iaitu hipotalamus anda.

“Menerusi teknologi maju dan kajian neurologi, kami mendapati bahawa sistem vestibular mempunyai kesan yang kuat untuk mempengaruhi keupayaan manusia dalam mengawal dan menurunkan berat badan,” kata McKeown.

Tags / Kata Kunci: fon kepala , kurus

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan