Ditembak Gara-Gara Salah Belok

Diterbitkan: Selasa, 8 Ogos 2017 10:20 AM

Eloise Dixon (tiga dari kiri) cedera akibat terkena tembakan.

(Ubah saiz teks)

PERCUTIAN satu keluarga warga Britain di Brazil bertukar tragedi apabila tembakan dilepaskan ke arah mereka gara-gara kenderaan yang dipandu tersalah belok di sebatang jalan raya dekat Rio de Janeiro.

Dalam kejadian itu seorang wanita dilaporkan cedera.

Semasa kejadian pasangan suami isteri itu bersama anak-anak mereka sedang dalam perjalanan untuk bercuti ke Angra dos Reis yang juga destinasi pelancongan popular, terletak kira-kira 90 batu dari Rio de Janeiro.

Menurut polis, sekumpulan lelaki mendekati kereta keluarga terbabit dan mengarahkan mereka supaya keluar dari kenderaan yang dinaiki sebelum tembakan dilepaskan.

Wanita yang dikenali sebagai Eloise Dixon, 46, mengalami kecederaan di bahagian abdomen dan menerima rawatan di sebuah hospital.

Jurucakap Pejabat Luar berkata:"Kami sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa di Angra dos Reis, Brazil susulan laporan insiden tembak melibatkan seorang warga Britain.

"Dixon dibawa ke Hospital Japuiba dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Difahamkan keluarga tersebut cuba mencari kedai untuk membeli air minuman ketika tersalah belok di sebatang jalan.

"Mereka tersalah maklumat mengenai lokasi kedai untuk membeli air minuman.

"Kerana masalah bahasa, berlaku sedikit kekeliruan. Mereka akhirnya pergi ke Agua Santa dan menjadi sasaran penjenayah.

"Kenderaan mereka ditembak selepas gagal memahami arahan yang diberikan supaya meninggalkan kawasan itu," kata Ketua Polis, Bruno Gilaberte.  

Tags / Kata Kunci: Rio de Janeiro , kes tembak

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan