Amal 'Diet' Dengan Makan 150 Pisang Seminggu

Diterbitkan: Selasa, 8 Ogos 2017 12:07 PM

(Ubah saiz teks)

DANE Nash, 21, dari Bristol, United Kingdom, memperoleh kira-kira 80% kalori dalam rutin hariannya dengan makan kira-kira 150 biji pisang setiap minggu.

Walaupun diberi amaran oleh doktor, Nash berkata, pengambilan pisang dalam kuantiti yang banyak berupaya meningkatkan tahap kesihatan dan memberi tenaga berpanjangan kepadanya.

Nash mengamalkan makan buah-buahan sejak dua tahun yang lalu untuk menghilangkan jerawat.

Dia pernah mencuba diet sayur-sayuran, tetapi selepas melakukan kajian, dia merasakan amalan makan makanan mentah lebih baik untuk dirinya.

Selama setengah tahun, Nash mengamalkan pengambilan buah-buahan dan hanya makan nasi pada masa tertentu.

Kebanyakan nutrien yang diperolehi adalah dari pisang yang dicampur dengan bayam dan sayur-sayuran lain, serta buah beri.

Dalam satu temubual bersama BBC, dia memberitahu mengamalkan diet dengan hanya mengambil 8 hingga 12 biji pisang yang dikisar bersama separuh paun bayam untuk sarapan pagi.

Untuk makan tengahari, dia hanya menikmati buah beri, pear atau buah lain yang dikisar bersama 8 hingga 12 biji pisang.

Pada sebelah petang, dia akan makan sekurang-kurangnya satu paun sayur-sayuran.

Menerusi tabiat pemakanannya itu, dia memperolehi kira-kira 3,000 kalori setiap hari.

Jumlah itu adalah berlebihan dengan pengambilan kalori yang sepatutnya.

“Pisang adalah buah tropika yang terbaik kerana ia sentiasa ada, murah, mengandungi kalori dan nutrisi yang seimbang. Diet ini membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan saya. Kini, saya berasa lebih sihat. Namun, saya tidak mengesyorkannya," kata Nash.

Nash sentiasa mempunyai bekalan pisang di rumah.

Dia membeli empat atau lima sikat pisang setiap bulan.

“Saya suka makan pisang apabila ia berwarna coklat dan berbintik-bintik. Ketika itu, rasanya sangat manis dan juga lembut," katanya.

Nash juga mengambil Vitamin B12 dan Vitamin D serta spirulina yang didakwa mengandungi nutrisi lengkap.

Pakar nutrisi tidak bersetuju dengan gaya pemakanan Nash dan berkata, dia kehilangan satu elemen penting untuk kesihatan badannya.

“Diet ini tidak mengandungi nutrisi yang penting, terutamanya protein dan lemak, mikronutrien (terutamanya nutrien larut lemak) serta kepelbagaian makanan,” kata Lucy Patterson, seorang Pakar Nutrisi di Klinik Southville, Bristol.

“Terdapat cara lain untuk menikmati diet pemakanan sihat. Tetapi, Nash kehilangan aspek yang penting di dalam diet yang diamalkannya," jelas beliau. - Oddity Central

Tags / Kata Kunci: pisang , diet

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan