Aiskrim Lambat Cair Hanya Di Jepun

Diterbitkan: Selasa, 8 Ogos 2017 2:02 PM

(Ubah saiz teks)

PENYELIDIK dari Pusat Penyelidikan Perkembangan Bioterapi di Kanazawa, Jepun menemui jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah aiskrim cepat cair.

Dengan menggunakan polifenol yang terdapat dalam strawberi, ais krim boleh bertahan selama berjam-jam mesikpun dalam keadaan cuaca panas.

Percaya atau tidak, penemuan itu diperolehi tanpa sengaja apabila pusat penyelidikan itu meminta seorang chef pastri untuk mencipta manisan baru dengan menggunakan polifenol.

Ia adalah satu usaha untuk mencari manfaat lain penggunaan strawberi yang tidak hanya terhad sebagai buah-buahan segar semata-mata.

Chef itu mendapati aiskrim menjadi keras apabila dicampur dengan polifenol sekali gus membuktikan ia tidak sesuai untuk manisan.

Namun pasukan penyelidik menyedari bahawa polifenol boleh digunakan untuk menjadikan aiskrim tahan lebih lama dan dapat mengurangkan kadar pencairan.

“Cecair polifenol mempunyai ciri-ciri yang menyebabkan air dan minyak sukar dipisahkan,” kata Tomihisa Ota, pensyarah di Universiti Kanazawa yang membantu mengembangkan idea inovatif itu.

Menurut presiden pusat penyelidikan, Takeshi Toyoda, bentuk aiskrim masih kekal walaupun terdedah dengan udara panas dari pengering rambut.

Perkara itu turut diperakui wartawan Jepun yang membuat kajian mereka sendiri.

Pada bulan lepas, wartawan Asahi Shimbun mendedahkan bentuk aiskrim itu masih kekal selepas lima minit terdedah kepada haba pada suhu kira-kira 28 darjah celsius.

Pusat Penyelidikan Perkembangan Bioterapi mula menjual aiskrim itu di kedai Kanazawa Ice, sebelum membuka cawangan di Tokyo dan Osaka.

Namun, ia hanya terdapat di Jepun.

Di Malaysia tak ada sesiapa ke yang berminat untuk mencuba? Pasti ramai yang akan berkunjung!

Tags / Kata Kunci: aiskrim , Kanazawa Ice

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan