Lelaki Ceroboh Masuk Menara Eifel Ditahan - Berita Dunia | mStar

Lelaki Ceroboh Masuk Menara Eifel Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 6 Ogos 2017 7:41 PM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Seorang lelaki ditahan bersama sebilah pisau ketika cuba menceroboh masuk ke Menara Tower.

Lelaki tersebut yang bertindak berseorangan ditahan dengan segera dan tiada mangsa dilaporkan cedera.

Insiden berlaku kira-kira pukul 11.30 malam Sabtu (waktu tempatan), kira-kira setengah jam sebelum menara tersebut berhenti menerima kemasukan pengunjung.

Selepas ditahan, polis memeriksa lokasi kejadian dan meminta ia dikosongkan kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 15 minit sebelum menara tersebut dihentikan operasinya.

Penceroboh itu memakai jersi Paris Saint-Germain (PSG) dan ketika kejadian, lampu di menara tersebut dinyalakan mengikut warna pasukan bola sepak tersebut.

Malah paparan skrin pada bahagian bawah menara itu turut tertera tulisan mengalu-alukan kehadiran bekas penyerang Barcelona, Neymar ke kelab tersebut.

Perancis dalam langkah berjaga-jaga sejak November 2015 selepas serangan di sebuah restoran, lokasi konsert dan stadium yang menyaksikan 130 maut.

Tags / Kata Kunci: Menara Eifel , PSG
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan