Anak Terlalu Kacak Dipersoal

Diterbitkan: Ahad, 6 Ogos 2017 10:02 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita warga China kecewa apabila ujian DNA menunjukkan anak lelaki yang dibesarkan selama 28 tahun bukan anak kandungnya. 

Bekas suami wanita itu berasa curiga lalu menuntut supaya ujian tersebut dilakukan kerana dia tidak faham mengapa anaknya boleh menjadi kacak.

Wanita yang dikenali sebagai Zhang sebagaimana yang dilaporkan media, rakan-rakan dan keluarganya terkejut bagaimana wajah anaknya begitu kacak jika dibandingkan dengan mereka.

Segala persoalan sejak bertahun-tahun menimbulkan keraguan pada suami kepada wanita itu sehingga menjejaskan perkahwinan mereka.

Pasangan itu akhirnya berpisah hanya kerana anak lelaki mereka terlalu kacak.

Bagaimanapun, lelaki tersebut masih tidak berpuas hati dengan kekacakan anaknya sehingga menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas tujuh mereka berpisah.

"(Anak lelaki saya) ada mata yang besar dan hidung yang mancung. Ayahnya tidak kacak dan agak berbeza (dengan anak lelaki)," kata Zhang kepada Kan Kan News.

Anak lelaki mereka, Wang Ye mengambil ujian DNA sekali lagi pada 2016 dan keputusan masih sama.

Wang Ye dilahirkan di sebuah hospital di Shanghai pada Februari 1989 dan ibunya mengesyaki anak lelakinya ditukarkan selepas bersalin.

Bagaimanapun, pihak hospital enggan memberikan penjelasan kepada keluarga itu berikutan mereka tidak menemui rekod bagi tempoh itu.

Zhang dan anak lelakinya menfailkan tindakan undang-undang terhadap hospital tersebut dan kini berharap untuk mencari ibu bapa Wang Ye yang sebenarnya.

Mereka tidak mempunyai sebarang petunjuk melainkan hakikat bahawa anak mereka terlalu kacak. - odditycentral

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan