Ada Tikus Di Sebalik Sushi

Diterbitkan: Jumaat, 4 Ogos 2017 4:39 PM

(Ubah saiz teks)

HASRAT seorang wanita untuk menikmati hidangan popular Jepun, sushi di sebuah restoran Australia, terbantut gara-gara seekor tikus.

Ini kerana wanita terbabit yang enggan dinamakan itu, ternampak tikus berkenaan muncul di meja hidangan sushi di restoran Dozo Japanese Food Express dekat Westfield Marion dalam kejadian yang berlaku 17 Julai lalu.

Wanita itu, berhajat untuk membeli makanan tengah hari bersama tiga orang anaknya apabila dia melihat haiwan itu berkeliaran dalam timbunan sushi segar di meja hidangan.

“Saya terkejut dan geli melihatnya. Saya ingat saya bermimpi.

“Jika ada seekor, pasti ada lagi yang lain. Bagaimana ia masuk? Kabinet kaca itu mempunyai penutup yang rapat," katanya.

Wanita berkenaan mengambil gambar tikus itu sebelum memberitahu pekerja kedai terbabit yang kemudiannya semua makanan dari kabinet.

Pemilik kedai itu, Florence Zheng pada minggu lepas berkata, pekerjanya terkedu apabila melihat seekor tikus mengeluarkan kepalanya di celahan bungkusan sushi.

“Ia mengejutkan apabila melihatnya berada di dalam peti.

“Malangnya, kami terpaksa membuang semua makanan dan juga tikar dibawahnya, kemudian kami membersihkan kabinet itu," katanya.

Zheng percaya, tikus itu datang dari kawasan pembinaan berdekatan pusat beli-belah.

Haiwan itu mungkin berjaya masuk pada waktu malam kerana medan selera itu tidak mempunyai pintu depan.

Pekerja diarahkan untuk memeriksa kali kedua dan lebih kerap membersihkan gerai.

“Kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga,” kata Zheng.

“Kami juga bekerjasam dengan majlis perbandaran dan pihak pengurusan untuk memastikan perkara itu tidak berulang lagi," katanya. - News.com.au

Tags / Kata Kunci: Sushi , Tikus

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan