Misteri 'Pencuri Rambut' Bimbangkan Wanita Di India

Diterbitkan: Jumaat, 4 Ogos 2017 2:59 PM

DEVI mengakui bahawa dia masih trauma dengan kejadian tersebut. - BBC

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Lebih dari 50 wanita di utara India mendakwa rambut mereka dipotong ketika mereka tidak sedarkan diri, lapor BBC.

Seorang daripada mangsa yang dikenali sebagai Sunita Devi, 53, berkata, kejadian itu berlaku dengan pantas dan langsung tidak disedarinya.

Mangsa yang merupakan seorang suri rumah mendakwa diserang pada Jumaat lalu dan mengalami trauma akibat kejadian tersebut.

“Saya keseorangan di tingkat bawah rumah ketika menantu perempuan dan cucu berada di tingkat atas semasa serangan berlaku kira-kira pukul 9.30 malam.

“Terdapat kilauan cahaya yang terang dan saya sudah tidak sedarkan diri.

"Sejam kemudian, saya mendapati rambut saya sudah dipotong,” kata mangsa yang berusia 53 tahun, berasal dari Bhimgarh Kheri di Haryana.

Menurut Devi, penyerang itu adalah seorang lelaki tua yang memakai pakaian berwarna cerah.

Laporan tentang 'pencuri' rambut mula kedengaran di Rajasthan sejak Julai, kini kejadian yang sama dilaporkan berlaku di Haryana dan Delhi.

Sementara itu, jurucakap polis, Gurgaon Ravinder Kumar berkata, kes tersebut masih lagi disiasat.

“Ini adalah kes yang aneh.

"Kami tidak menjumpai sebarang bukti di tempat kejadian dan ujian rawatan menunjukkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya sambil menambah bahawa tiada sesiapa yang berjaya melihat penyerang itu.

Dalam pada itu, Kumar berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak polis di daerah lain bagi merungkai kes misteri tersebut.

“Hanya mangsa yang melihat atau dapat merasakan kedatangan penyerang.

"Kami akan merungkaikan kes-kes ini, tetapi sementara itu, saya nasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang khabar angin berhubung kejadian ini,” maklumnya. - Tribune.com

Tags / Kata Kunci: India , Kes Curi Rambut

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan