China Tuntut India Undurkan Tentera

Diterbitkan: Jumaat, 4 Ogos 2017 3:29 PM

GAMBAR FAIL bertarikh 5 Mei 2013 menunjukkan anggota tentera China memegang sepanduk yang mengarahkan tentera India berundur dari kawasan pertikaian di Ladakh dekat pergunungan Himalaya. - AP

(Ubah saiz teks)

BEIJING: China mendakwa India meningkatkan jumlah tentera di sempadan kedua-dua negara dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai menggugat keamanan.

Pada Khamis, Kementerian Luar China menuntut India untuk mengundurkan tentera dari kawasan dataran dekat sempadan China-India-Bhutan yang terletak di kawasan pergunungan Himalaya.

Kawasan itu dikenali sebagai Donglang oleh Beijing manakala New Delhi menggelarnya sebagai Doklam.

Pertikaian kawasan itu yang tercetus sejak Jun lalu merupakan paling buruk antara kedua-dua negara berkuasa nuklear tersebut dalam tempoh lebih 30 tahun.

India terlibat dalam pertikaian berkenaan selepas menyokong Bhutan untuk menuntut wilayah itu daripada penguasaan China.

"Sudah lebih sebulan sejak insiden di sempadan dan India bukan sahaja memasuki wilayah China secara haram, tetapi turut membaiki jalan, menambah bekalan dan anggota tentera yang lengkap bersenjata.

"Tindakan ini bukan untuk keamanan," jelas kementerian itu menerusi satu kenyataan.

India sementara itu, menafikan dakwaan China.

Menteri Luarnya, Sushma Swaraj berkata, kedua-dua pihak perlu berbincang berdasarkan persefahaman yang dicapai melibatkan kawasan sempadan itu pada 2012.

"India sentiasa percaya bahawa keamanan di sempadan China-India merupakan elemen penting untuk hubungan kedua-dua negara.

"Kami akan berhubung dengan Beijing menerusi saluran diplomatik untuk mencari jalan penyelesaian," katanya.

Pertelagahan antara kedua-dua negara itu bermula pada Jun lalu apabila tentera China membina sebatang jalan merentasi kawasan dataran terbabit.

India kemudiannya menghantar tentera atas permintaan Bhutan dan memberi amaran kepada China bahawa pembinaan jalan itu akan mencetuskan isu keselamatan yang serius. - Al Jazeera

Tags / Kata Kunci: China , India

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan