Sorok Lagi Dalam Tu...

Diterbitkan: Jumaat, 4 Ogos 2017 12:06 PM

DETIK-DETIK cemas yang dirakamkan anggota penyelamat ketika mengeluarkan budak lelaki daripada sebuah mesin basuh. - AGENSI

(Ubah saiz teks)

KEGEMBIRAAN seorang kanak-kanak bermain 'sorok-sorok' nyaris bertukar tragedi apabila dia tersekat di dalam sebuah mesin basuh.

Dalam kejadian yang berlaku di rumahnya di Kharkov di timur Ukraine, mangsa berusia tujuh tahun itu merangkak masuk ke dalam mesin basuh untuk menyorok dan menyangka itu adalah tempat persembunyian paling strategik.

Namun ideanya itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia tersekat dan tidak boleh keluar dari mesin basuh tersebut.

Panik dengan keadaan itu, mangsa yang tidak dinamakan itu kemudiannya menjerit meminta bantuan tetapi ahli keluarganya gagal untuk menariknya keluar.

Ekoran itu, mereka menghubungi pihak bomba dan empat anggota yang dikerah ke lokasi kejadian mengambil langkah bijak iaitu menyapu minyak bunga matahari atau Vaseline.

Tujuannya untuk memudahkan kanak-kanak terbabit keluar.

Ternyata perancangan anggota penyelamat itu berhasil dan mereka menggunakan kipas kecil untuk memastikan mangsa mendapat udara yang mencukupi selepas terperangkap dalam mesin basuh itu bagi tempoh yang lama.

Seorang daripada penyelamat itu sempat merakam detik cemas itu yang berdurasi 20 minit dan kini video berkenaan tersebar dalam laman sosial. - Mirror.uk

Tags / Kata Kunci: Ukraine , Mesin Basuh

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan