Trump Sanggup Berperang Musnahkan Korea Utara

Diterbitkan: Khamis, 3 Ogos 2017 12:58 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Donald Trump dikatakan sanggup berperang memusnahkan Korea Utara bagi menghalang negara itu terus membangunkan peluru berpandu nuklear jarak jauh.

Perkara itu disampaikan presiden Amerika Syarikat (AS) itu kepada seorang senator Parti Republikan, Lindsey Graham.

Graham yang diwawancara rancangan Today Show terbitan NBC berkata, ada pilihan ketenteraan untuk memusnahkan perancangan Korea Utara dan negara itu sendiri.

Minggu lalu, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dengan bangga menyatakan bahawa negaranya kini boleh me­nyerang mana-mana sasaran di AS selepas menjalankan ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) terbaharu.

Negara kuasa besar dunia telah cuba untuk menyekat program senjata Pyongyang melalui sekatan yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tetapi gagal sekali gus membuatkan Washington kecewa.

Graham berkata, jika diplomasi dan tekanan khusus daripada jiran Korea Utara, China gagal menghentikan program tersebut, maka AS tidak mempunyai pilihan selain mengambil tindakan ketenteraan.

“Perang akan tercetus dengan Korea Utara berhubung program peluru berpandu jika mereka terus cuba mensasarkan AS dengan ICBM,” katanya menerangkan perbincangan dengan Trump.

“Presiden memberitahu saya sedemikian. Saya percaya padanya. Jika saya China, saya akan mempercayainya juga dan melakukan sesuatu. Kamu boleh menghentikan Korea Utara sama ada secara ketenteraan atau diplomasi.

“Saya lebih suka pendekatan diplomasi. Tetapi, mereka tidak akan dibenarkan memiliki peluru berpandu untuk menyerang AS dengan senjata nuklear,” katannya. – AFP

Tags / Kata Kunci: Trump , Korea Utara

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan