Insiden Berdarah Mahkamah Moscow

Diterbitkan: Rabu, 2 Ogos 2017 10:38 AM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Tiga anggota kumpulan perompak yang ditahan dan menunggu masa untuk dihadapkan ke mahkamah maut akibat ditembak selepas cuba merampas senjata api anggota keselamatan dan meloloskan diri.

Malahan, defenden yang disyaki mengakibatkan kematian puluhan pemandu di sini juga cuba mencari mangsa untuk dijadikan tebusan.

Kejadian itu berlaku dalam lif bangunan mahkamah di sini apabila lima anggota penjenayah itu cuba merampas senjata pegawai yang mengiringi mereka.

Reuters melaporkan, jurucakap polis Moscow, Tatyana Petrova berkata, tiga ditembak mati ketika cuba melarikan diri, manakala dua lagi cedera.

Selain itu, katanya, tiga pegawai penguat kuasa juga cedera.

Sementara itu, jurucakap Mahkamah Daerah di sini, Natalia Osipova berkata, kejadian itu berlaku ketika perbicaraan sembilan anggota kumpulan perompak Grand Theft Auto.

"Sebagai langkah keselamatan, bangunan mahkamah dikosongkan ," katanya.

Menurut pendakwa, modus operandi geng berkenaan adalah  meletakkan paku di jalan dan memaksa pemandu kenderaan keluar apabila kereta mereka mengalami kerosakan.

Geng berkenaan kemudian menembak pemandu terbabit sebelum melarikan kereta mangsa.

Sembilan lelaki dari Asia Tengah yang menganggotai geng berkenaan didakwa atas 17 tuduhan bunuh dan dua cubaan bunuh.

RIA Novosti memetik peguam, Sofya Rubasskaya berkata, dia mendengar sekurang-kurangnya 20 tembakan sebelum melihat seorang pengawal dan pegawai mahkamah wanita rebah ditembak.

Sementara itu, Kementerian kesihatan Rusia berkata, seorang lelaki berusia 45 tahun dan wanita berusia 40 tahun dibawa ke hospital dengan kecederaan akibat ditembak.

Tags / Kata Kunci: Moscow , Gramd Theft Auto

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan