Banduan Lelaki Mahu Dilayan Sebagai Wanita

Diterbitkan: Rabu, 2 Ogos 2017 6:57 PM

(Ubah saiz teks)

SAPPORO: Seorang lelaki di Hokkaido yang didakwa kerana mencuri, mahu dilayan sebagai banduan wanita sepanjang tempoh hukuman penjara.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan.

Permohonan yang dibuat menerusi Jabatan Kehakiman dan pendakwa raya itu termasuk ingin meneruskan rawatan hormon.

Dia pernah dihukum penjara selama 16 bulan, di antara 2011 and 2013 kerana mencuri dan mengadu sakit mental kerana diuruskan oleh pegawai penjara lelaki serta berdepan masalah denyutan nadi dan insomnia selepas tidak dibenarkan menerima rawatan hormon.

Pusat penjara itu telah menegaskan untuk membahagi banduan mengikut jantina sebenar mereka, tetapi, jika ‘wanita’ itu telah membuang alat kelamin, banduan itu boleh diuruskan pegawai penjara perempuan, demikian menurut Kementerian Kehakiman.

Tetapi ‘wanita’ itu hanya membuang testikel dan tidak menukar status jantina di pendaftaran keluarga.

Sementara itu, Mikiya Nakatsuka, pensyarah di sekolah graduan Universiti Okayama dan pakar kecacatan jantina (GID) berkata, kerajaan perlu lebih bertimbang rasa berkenaan keadaan banduan.

Menurut penyelidikan yang diketuai Katsuki Harima, doktor di Klinik Mental Harima, kira-kira 22,000 orang merujuk pusat perubatan mengenai GID pada akhir 2015.


Tags / Kata Kunci: Hokkaido , GID

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan