Arab Saudi Lancar Projek Laut Merah

Diterbitkan: Selasa, 1 Ogos 2017 2:02 PM

(Ubah saiz teks)

RIYADH: Arab Saudi melancarkan projek pelancongan antarabangsa dikenali 'Projek Laut Merah', dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menarik lebih ramai pelancong, memetik agensi berita Arab Saudi (SPA).

Perkara itu, diumumkan Pengerusi Dana Pelaburan Awam, Timbalan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al Saud pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua.

Beliau berkata, projek dilaksanakan dengan kerjasama sebuah syarikat hotel terbesar dunia dan apabila siap kelak bakal menjadi antara lokasi pelancongan yang memiliki keindahan semula jadi.

Resort akan dibina antara bandar Amlaj dan Al-Jawh dengan mempunyai 50 pulau semulajadi di Laut Merah, hanya beberapa kilometer dari rizab dilindungi kerajaan dan gunung berapi aktif di kawasan Harat Alrahat.

Kerja-kerjas asas dijangka siap pada suku ketiga 2019 dan fasa pertama pembinaan dijadual siap pada suku akhir 2022.

Projek itu adalah selaras dengan pelan pembangunan ekonomi Arab Saudi di bawah Wawasan 2030, yang menyenaraikan pelancongan sebagai antara sektor ekonomi paling penting.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Saudi , Projek Laut Merah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan