Rusia Usir 755 Diplomat AS

Diterbitkan: Isnin, 31 Julai 2017 3:25 PM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin akan mengusir 755 diplomat Amerika Syarikat (AS) susulan tindakan Washington mengenakan sekatan baharu ke atas Moscow.

Putin dalam satu wawancara bersama stesen televisyen tempatan pada Ahad, berkata, beliau telah mengarahkan langkah tersebut kerana sudah tiba masanya buat Rusia untuk bertindak sebagai 'jawapan' kepada AS.

Bagaimanapun Putin berkata, tiada tindakan segera diambil ke atas AS setakat ini.

"Saya menentangnya (sekatan AS)," kata Putin kepada Vesti TV.

Pada Jumaat, Moscow mengarahkan AS supaya mengurangkan jumlah staf diplomatik dan akan merampas dua harta diplomatik AS selepas Dewan Perwakilan AS dan Senat meluluskan sekatan baharu ke atas Rusia.

Rusia berkata, AS mempunyai masa sehingga 1 September untuk mengurangkan jumlah staf diplomatik kepada 455 orang, menyamai jumlah diplomat AS yang meninggalkan negara Barat itu selepas Washington mengusir 35 diplomatik Rusia pada Disember.

Sekatan baharu AS merupakan hukuman ke atas Rusia kerana bertanggungjawab atas pemisahan Crimea pada 2014 dan hasil siasatan perisikan AS mengganggu Pilihan Raya AS 2016.

Putin sebelum ini mengulangi bahawa sekatan AS hanya memburukkan lagi hubungan kedua-dua negara. -  Al Jazeera

Tags / Kata Kunci: Rusia , Vladimir Putin

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan