Singapura Kutuk Korea Utara - Berita Dunia | mStar

Singapura Kutuk Korea Utara

Diterbitkan: Ahad, 30 Julai 2017 9:13 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Singapura mengutuk Korea Utara yang dilapor menguji peluru berpandu balistik antara benua dua hari lalu, kata Kementerian Luar Singapura.

“Pelancaran itu serta beberapa pelancaran sebelum ini termasuk yang terakhir kira-kira empat bulan lalu pada 4 Julai telah menimbulkan ketegangan dan seterusnya mengganggu keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan Sabtu malam.

Ia berkata tindakan provokatif itu secara serius melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu dan tidak menghiraukan keprihatinan komuniti antarabangsa.

“Ini hanya akan menjejaskan kesejahteraan rakyat Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK),” katanya.

Singapura sehubungan itu mengulangi gesaan kepada DPRK untuk menghentikan segala provokasi dengan segera dan mematuhi tanggungjawab dan komitmen antarabangsanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Peluru Berpandu
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan