Kecoh Kerana Diskaun Tiket Kereta Api

Diterbitkan: Ahad, 30 Julai 2017 10:23 AM

(Ubah saiz teks)

PAMERAN pelancongan yang menawarkan tiket kereta api pada harga diskaun bertukar kecoh apabila ribuan penduduk yang hadir tidak dibenarkan masuk ke Pusat Persidangan Jakarta di mana acara itu diadakan.

Program yang pertama kali diadakan pengendali perkhidmatan itu, Kereta Api Indonesia (KAI) berlangsung dua hari, iaitu 29 dan 30 Julai.

Ia menawarkan potongan sehingga 75 peratus untuk tiket bagi kelas eksekutif.

Acara yang pada mulanya berjalan lancar bagaimanapun bertukar huru hara apabila ribuan pengunjung cuba berasak-asak masuk di laluan berasingan berikutan kesesakan melampau di pintu masuk utama.

Sebaik laluan tambahan itu dibuka, pengunjung terus menyerbu masuk hingga mengakibatkan ada di antara mereka, kebanyakannya wanita menjerit akibat dirempuh hingga terjatuh.

"Buka pintu!" demikian jerit pengunjung sambil bertindak mengetuk pintu berkenaan.

Pengawal keselamatan terpaksa bekerja keras untuk memastikan situasi terkawal.


Tags / Kata Kunci: KAI , Jakarta

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan