Lelaki Curi Bas Selepas Terdengar Suara Ghaib

Diterbitkan: Sabtu, 29 Julai 2017 4:09 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Seorang pemandu bas Transjakarta yang hanya dikenal pasti sebagai SS, melarikan bas tersebut dari depotnya di Cijantung, Timur Jakarta.

Suspek kemudian memandu bas tersebut ke Pekalongan di Jawa Tengah selepas mendakwa terdengar 'suara ghaib'.

Ketua Polis Ciracas, Komisioner Tuti Aini berkata dia dapat mengesan kedudukan suspek menggunakan sistem GPS yang dipasang pada bas tersebut.

Pengendali bas Transjakarta, PT Mayasari Bhakti melaporkan kes kecurian bas itu kepada polis petang Rabu lalu.

"Anggota polis dari Ciracas dan kakitangan Mayasari Bhakti pergi ke Pekalongan selepas kedudukan bas itu dikesan," kata Tuti seperti dipetik wartakota.tribunnews.com.

Menurut Tuti, suspek dan bas yang dilarikan sudah dibawa ke balai polis Pekalongan sebaik sahaja mereka tiba di lokasi kejadian.

"Motif sebenar lelaki itu masih belum diketahui. Kami masih belum menjalankan siasatan dengan sempurna tetapi dia ada menyebut bas itu dilarikan selepas terdengar suara ghaib," jelas Tuti.

Jika didapati bersalah, suspek boleh didakwa di bawah Artikel 363 Kanun Jenayah yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun.

Tags / Kata Kunci: bas Transjakarta

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan