Jumpa Kaki, Tangan 50 Tahun Di Banjaran Alps

Diterbitkan: Sabtu, 29 Julai 2017 12:54 PM

(Ubah saiz teks)

BEBERAPA anggota badan dipercayai milik seorang atau lebih mangsa nahas kemalangan pesawat Air India kira-kira 50 tahun lalu ditemui di banjaran Alps.

Daniel Roche yang sering menerbangkan pesawat di kawasan pergunungan yang penuh dengan glasier itu menemui tangan dan sebahagian kaki di Mont Blanc, Switzerland pada Khamis.

Dua kemalangan melibatkan pesawat berlaku di lokasi penemuan itu di mana lebih 150 orang terkorban.

Pada Januari 1966, Air India pesawat Boeing 707 dari Bombay ke New York terhempas berhampiran puncak Mont Blanc mengorbankan 117 orang.

Satu lagi penerbangan Air India pula terhempas di pergunungan sama pada 1950 dan menyebabkan 48 nyawa melayang.

Kata Roche, berdasarkan penelitian, anggota badan itu dipercayai milik penumpang wanita dalam kejadian pada 1966 kerana beliau turut menemui satu daripada empat enjin pesawat terlibat.



Sebaik menemuinya, dia menghubungan perkhidmatan kecemasan di Lembah Chamonix yang membantu membawa turun bahagian badan itu menggunakan helikopter.

Sehingga kini, semua penemuan itu akan melalui proses pemeriksaan dan ujian pakar.

"Mungkin ia bukan daripada orang yang sama, mungkin milik penumpang pesawat. Masih sukar untuk menjelaskan semuanya ketika ini," demikian kata seorang pakar gender, Stephane Bozon.

Kira-kira 10 hari lalu, dua mayat ditemui terbaring berdekatan satu sama lain di banjaran itu.


Tags / Kata Kunci: Alps , Air India

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan