Si Jelita Ini Komander Termuda Boeing 777

Diterbitkan: Khamis, 27 Julai 2017 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Seorang rakyat India mengharumkan nama negaranya apabila menjadi wanita termuda di dunia bergelar komander pesawat Boeing 777.

Anny Divya menerima jawatan tersebut pada usia 30 tahun, sekali gus mencapai impiannya sejak kecil yang dianggap mustahil oleh masyarakat tempatan.

“Saya bertuah kerana ibu bapa saya memberi sokongan penuh, walaupun ramai yang memberitahu mereka supaya jangan benarkan saya belajar ilmu penerbangan.

“Terdapat pelbagai halangan terutamanya masalah yuran kerana kami bukan keluarga yang senang," katanya.

Berasal dari Vijayawada di Andhra Pradesh, Divya belajar di Kendriya Vidyalaya, lapor Business Standard. 

Ramai rakan sekelasnya ingin menjadi jurutera dan doktor di atas nasihat ibu bapa mereka, tetapi Divya mempunyai minat yang berlainan.

“Sejak dari kecil, cita-cita saya adalah menjadi juruterbang.

“Walaupun saya tidak tahu bagaimana untuk mencapainya," katanya.

Dengan sokongan ibu bapa, dia mendaftar masuk ke Akademi Indira Gandhi Rashtriya Uran untuk mempelajari ilmu penerbangan semasa berusia 17 tahun. 

Divya bekerja keras dan menerima biasiswa sebelum menamatkan latihan seawal usia 19 tahun. 

Kemudian, dia ditawarkan untuk bekerja di Air India.

Selepas melalui tahap-tahap kenaikan jawatan dan mempelajari bagaimana untuk menerbangkan Boeing 737 di Spain, Divya berjaya menerbangkan Boeing 777, jet kembar terbesar di dunia selepas menyempurnakan latihan di London.

“Saya mempunyai peluang untuk mengetuai Boeing 737, tetapi Boeing 777 adalah pesawat yang ingin saya kendalikan, jadi saya terpaksa menunggu lebih lama,” kata Divya.

Divya menerima ijazah Sarjana Muda Sains Penerbangan semasa bekerja di Air India.

Gaji yang diterima telah mengubah kehidupan keluarganya dan kini Divya membiayai pembelajaran luar negara kedua-dua adik lelaki dan perempuannya.

Dia juga membeli rumah untuk ibu bapanya.

Divya menggalakkan wanita untuk berani mengecapi cita-cita mereka.

“Semua wanita berhak mengejar cita-cita mereka, terutamanya pada waktu ini,” katanya. - The Independent

Tags / Kata Kunci: Anny Divya

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan