Maaf, Tiada Tempat Golongan Transgender Dalam Tentera - Trump - Berita Dunia | mStar

Maaf, Tiada Tempat Golongan Transgender Dalam Tentera - Trump

Diterbitkan: Khamis, 27 Julai 2017 10:21 AM

TERDAPAT kira-kira 15,000 askar transgender yang berkhidmat dalam tentera AS. - GAMBAR FAIL EPA

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan bahawa golongan transgender tidak akan dibenarkan untuk berkhidmat dalam tentera negara itu.

Pengumuman Trump itu sekali gus melangkaui keputusan yang dibuat oleh Presiden terdahulu, Barack Obama yang membenarkan golongan tersebut menyertai angkatan tentera AS.

Dalam beberapa kenyataan menerusi laman sosial Twitter, Trump berkata, selepas beliau mengadakan rundingan dengan jeneral dan pakar tentera, kerajaan AS tidak akan menerima golongan transgender dalam tentera.

Ujar beliau lagi, tentera AS perlu memberi tumpuan dalam untuk mencapai kejayaan dan tidak dibebani dengan kos perubatan dan gangguan golongan transgender yang berkhidmat sebagai askar.

Tahun lalu, pentadbiran Obama menarik sekatan ke atas golongan transgender dan memberi masa selama setahun kepada Pentagon untuk menilai bagaimana memastikan golongan itu boleh menyertai tentera.

Awal bulan ini, Setiausaha Pertahanan AS, James Mattis mengumumkan penangguhan selama enam bulan untuk merekrut golongan transgender. -  Al Jazeera

Tags / Kata Kunci: Donald Trump
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan