Makan Banyak Ais Krim Sampai Masuk Hospital

Diterbitkan: Khamis, 27 Julai 2017 8:32 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki berusia 44 tahun dari Quzhou di wilayah Zhejiang di China baru-baru ini dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang selepas memakan banyak ais krim.

Kejadian berlaku selepas lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Zheng berada di rumah dan mula berasa kesan gelombang panas yang melanda China sejak beberapa minggu.

Zheng yang berasa penat dan dehidrasi pada hari yang panas kemudiannya mengambil ais krim dari peti sejuk dan memakannya.

Selepas menikmati ais krim pertama, Zheng mula berasa ketagih dan terus memakan ais krim yang disimpan di dalam peti sejuknya sehingga menjadikan jumlah keseluruhan 54 ais krim.

Dia kemudiannya menghilangkan rasa dahaga dengan minum segelas air berais.

Zheng bagaimanapun mengadu sakit di bahagian perut semasa tidur dan terpaksa pergi ke hospital di Quzhou apabila keadaan bertambah teruk.

Dia didiagnosis mengalami gastroenteritis yang merupakan masalah berkaitan dengan buah pinggang. 

Memetik laporan South China Morning Post, tidak dipastikan mengenai bagaimana ais krim tersebut memberi kesan kepada buah pinggang Zheng dan adakah ia turut disebabkan air berais yang diminumnya. - odditycentral

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan