Kereta Berkuasa Petrol, Diesel Diharamkan

Diterbitkan: Rabu, 26 Julai 2017 11:48 AM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

LONDON: Kerajaan Britain akan mengharamkan penggunaan kenderaan berkuasa petrol dan diesel bermula tahun 2040 bagi meningkatkan kualiti udara di negara itu.

Strategi baharu itu akan dilancarkan oleh pada Rabu selepas kerajaan Britain kalah dalam kes pencemaran udara di Mahkamah Tinggi.

Kes itu dibangkitkan oleh pertubuhan perundangan alam sekitar, ClientEarth, yang mendakwa bahawa pihak kerajaan gagal menangani isu pencemaran udara dengan berkesan.

Susulan itu, bermula 2040, pemandu hanya akan dibenarkan membeli kereta elektrik, sekali gus mengakhiri era 150 tahun penggunaan enjin berkuasa diesel dan petrol.

Usaha itu juga mungkin melibatkan pungutan tol ke atas pemilik kenderaan yang melakukan pencemaran di laluan sesak.

Sebagai permulaan, bermula tahun 2020, pihak majlis perbandaran dibenarkan mengenakan tol tambahan kepada pemandu kenderaan diesel jika tahap kualiti udara tidak mengalami sebarang perubahan.

Selain itu, penggunaan kenderaan diesel mungkin diharamkan pada waktu puncak.

Berdasarkan statistik, tahap pencemaran sudah melepasi had yang sepatutnya di hampir 90 peratus kawasan bandar di Britain sejak 2010.

Pelepasan toksik dianggarkan menyebabkan 23,500 kematian setiap tahun dan masalah itu diisytiharkan sebagai isu kecemasan kesihatan awam pada tahun lalu. - Mail Online


Tags / Kata Kunci: Britain , Diesel , Petrol

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan