Insiden Tembakan Di Kedutaan Israel, Dua Maut - Berita Dunia | mStar

Insiden Tembakan Di Kedutaan Israel, Dua Maut

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 10:40 AM

ANGGOTA keselamatan Jordan dikerah berkawal di luar Kedutaan Israel di Amman pada 23 Julai 2017 susulan insiden tembakan yang mengorbankan dua nyawa. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

AMMAN: Dua rakyat Jordan terbunuh dan seorang pelancong Israel cedera dalam insiden tembakan di bangunan Kedutaan Israel di ibu negara Jordan pada lewat Ahad.

Menurut laporan Jabatan Keselamatan Awam Jordan, sebelum kejadian itu berlaku, sejumlah rakyat Jordan memasuki bangunan terbabit untuk kerja-kerja pertukangan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan pihak yang melepaskan tembakan tersebut.

Jelas jabatan itu, pada mulanya tiga mangsa cedera dalam kejadian terbabit tetapi dua rakyat Jordan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Seorang daripada mangsa yang terbunuh merupakan ahli fizik.

Kementerian Luar Israel bagaimanapun enggan mengeluarkan sebarang komen berhubung kejadian itu.

Sementara itu, portal Al Jazeera melaporkan, pihak keselamatan Jordan mengerahkan anggotanya untuk berkawal di luar kedutaan rejim Zionis itu.

Kejadian berkenaan berlaku ketika ketegangan antara Palestin dan Israel semakin memuncak ekoran keputusan kontroversi rejim Zionis memasang alat pengesan logam di sekitar Masjid Al Aqsa.

Ketegangan tersebut menyaksikan tujuh orang terbunuh, tiga daripadanya penduduk haram Israel dan empat rakyat Palestin.

Tags / Kata Kunci: Israel , Palestin , Jordan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan