Israel Enggan Tunduk Desakan Palestin - Berita Dunia | mStar

Israel Enggan Tunduk Desakan Palestin

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 10:31 AM

PENDUDUK Palestin berlindung ketika pasukan keselamatan Israel melepaskan tembakan untuk menyuraikan tunjuk perasaan di Pintu Singa, laluan utama perkarangan masjid Al Aqsa pada 23 Julai 2017. - AFP

(Ubah saiz teks)

RAMALLAH: Israel enggan tunduk kepada desakan Palestin agar menghentikan pemasangan alat pengesan logam di sekeliling masjid Al Aqsa yang mencetuskan pertempuran berdarah beberapa hari lalu.

Perdana Menteri rejim itu, Benjamin Netanyahu mengadakan sidang tergempar dengan barisan Kabitnnya pada petang Ahad dan hanya bersetuju mengurangkan penggunaan alat tersebut.

"Peralatan pengesan logam akan kekal.

"Jika rakyat Palestin tidak mahu masuk, jangan biarkan mereka memasuki kawasan masjid," kata Menteri Pembangunan Wilayah Israel, Tzachi Hanegbi.

Bagaimanapun keputusan itu tidak dipersetujui Palestin yang mahu masjid suci terbabit bebas daripada sebarang pemantauan Israel.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata, beliau akan menghentikan kerjasama keselamatan dengan Israel sehingga kesemua peralatan terbabit yang dipasang di pintu masuk Masjid Al Aqsa ditarik semula.

Keputusan kontroversi Israel itu mencetuskan pertumpahan darah di perkarangan Masjid Al Aqsa apabila tiga pendatang haram Yahudi dan empat penduduk Palestin disahkan terbunuh dalam dua kejadian keganasan pada Jumaat dan Sabtu.

Insiden itu membangkitkan kebimbangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengadakan sidang tergempar pada Isnin untuk mencari jalan penyelesaian meredakan ketegangan. - The Globe and Mail

Tags / Kata Kunci: Israel , Palestin
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan