Penduduk Gempar Ikan Paus Terdampar Di Tengah Paris

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 11:44 AM

BANGKAI ikan paus yang terdampar di tebing Sungai Seine. - NEWZULU

(Ubah saiz teks)

PARIS: Penduduk di ibu negara Perancis dan pelancong asing digemparkan dengan penemuan seekor ikan paus berukuran 17 meter panjang yang terdampar di tebing sungai Seine pada Jumaat lalu.

Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa 'bangkai' ikan paus itu merupakan lakonan semata-mata.

Sesiapa sahaja boleh tertipu dengan pemandangan itu apabila kelihatan beberapa 'anggota forensik' melakukan siasatan dengan mengambil sampel dan menyeburkan air pada bangkai ikan tersebut. 

Tom Kenis, yang kononnya bekerja untuk Persatuan Paus Antarabangsa mendakwa, pasukannya dihubungi orang awam apabila paus itu ditemui terapung di sungai Seine pada waktu malam.

Katanya, peranti pengesan (sonar) dan bunyi bising akibat aktiviti manusia menyebabkan haiwan itu kehilangan arah tuju.

Pejalan kaki yang melihat bangkai ikan paus itu berasa terganggu kerana menyangka kejadian tersebut adalah benar.

“Saya sangat sedih kerana haiwan itu yang berasal dari Atlantik, akhirnya terdampar di situ dan saya yakin pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa masalahnya? Adakah ia salah manusia yang menyebabkan haiwan mati seperti itu? Mungkin ia memang salah kita,” kata Anastasia, yang yakin paus itu mati di tengah-tengah bandar Paris.

“Ia sesuatu yang sedih untuk dilihat. Ia bukan sahaja berlaku di sini, ia berlaku di mana-mana. Kita perlu tahu dan bertanya pada diri sendiri, mengapa kita hidup seperti ini? Mengapa kita membahayakan bumi?,” kata pelancong British, Greg yang kelihatan risau dengan fenomena yang melanda dunia.

Kejadian berkenaan sebenarnya aksi artis seni dari Belgium, Kapten Boomer, yang mencipta ‘paus’ itu dan pernah membuat aksi yang sama, bertujuan untuk memberi peringatan kepada semua orang tentang alam semula jadi yang semakin tercemar akibat perbuatan manusia

Hasil seni itu boleh ditonton sehingga Ahad sebelum paus itu ‘terdampar’ pula di bandar negara Eropah yang lain.

Ahli saintis mahupun forensik yang berada di tempat kejadian adalah pelakon yang terlibat dalam projek Boomer dan Persatuan Paus Antarabangsa tidak pernah wujud. - Mirror.uk

Tags / Kata Kunci: Ikan Paus , Kapten Boomer

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan