Perbualan Terakhir Bersama Puteri D 'Hantui' William, Harry

Diterbitkan: Ahad, 23 Julai 2017 10:40 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Mengimbau perbualan telefon terakhir bersama Puteri Diana menyebabkan dua putera kesayangannya begitu hiba kerana ia sering menghantui mereka.

"Kalaulah kami tahu ia adalah perbualan terakhir dengannya.

"Tetapi ketika itu, saya dan Harry terburu-buru mengucapkan selamat tinggal.

"Namun panggilan itu kekal dalam ingatan sehingga kini," kata putera sulung, William.

Sempena ulang tahun ke-20 pemergian Puteri Diana, pewaris takhta Britain, Putera William dan adiknya, Putera Harry mendedahkan mengenai perbualan dengan ibu mereka, pada hari Puteri Diana maut dalam kemalangan.

Ketika itu, William baru berusia 15 tahun dan Harry, 12, tahun.

Ibu mereka dan teman lelakinya, Dodi Al-Fayed, terbunuh pada Ogos 1997 selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dalam terowong di Paris ketika ia dikejar jurugambar.

Pemandu mereka yang berketurunan Perancis, Henri Paul, yang kemudian didapati darahnya mengandungi alkohol  juga maut dalam tragedi itu.

Kedua-dua putera itu berada di Balmoral, kediaman Ratu England di Scottish Highlands, dan William sebelum itu memberitahu Diana bahawa mereka begitu gembira di istana itu.

"Ibu bercakap dari Paris, saya tidak ingat apa yang saya katakan, tetapi apa yang saya ingat penyesalan seumur hidup kerana betapa singkatnya perbualan itu, " kata Harry kepada saluran televisyen ITV bagi dokumentari mengingati mendiang puteri itu.

Awal tahun ini, kedua-dua putera itu mengumumkan penubuhan  jawatankuasa mengumpul dana bagi membiayai pembinaan tugu Diana, dikenali sebagai Puteri Wales di taman awam Istana Kensington di London, tempat tinggal Diana.- AFP





Tags / Kata Kunci: Puteri Diana , Dodi , Willam

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan