Tidur Berbumbungkan Langit

Diterbitkan: Ahad, 23 Julai 2017 11:50 AM

(Ubah saiz teks)

PELANCONG Britain terpaksa tidur berbumbungkan langit selepas dua kali berdepan detik cemas kejadian gempa bumi di kepulauan Kos, Greek.

Dua insiden yang masing-masing berlaku pada Jumaat dan terkini pada jam 6 petang Sabtu itu berlarutan hingga 10 saat menyebabkan hotel di kawasan itu bergegar.

Gegaran kedua berukuran 6.7 magnitud itu berlaku ketika kebanyakan pelancong di pelabuhan Kos yang sedang menikmati hidangan di restoran dan kawasan terbuka.

Ramai yang keluar dari hotel dan berkumpul di jalan raya untuk menunggu arahan pihak berkuasa di destinasi percutian itu.

Dalam kejadian pertama, dua pelancong lelaki dari Sweden dan Turki terkorban apabila siling sebuah pub runtuh.

Selain itu, ombak umpama kesan tsunami juga kelihatan sepanjang pantai berhampiran hotel di sekitar perairian Aegean, Bodrum dan Marmaris.

Pihak berkuasa Kos menganggarkan lebih 8,000 pelancong warga Britain berada di situ.

Sementara itu, di lapangan terbang Kos pula pelancong berkumpul untuk meninggalkan destinasi itu secepat mungkin, bagaimanapun tidak semua yang hadir dibenarkan memasuki bangunan berkenaan kerana bimbang berlaku gegaran susulan.

Bencana itu juga menyebabkan lebih 50 penerbangan tergendala dalam dua hari.


Tags / Kata Kunci: Kos , Greek

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan