Jepun Dibadai Panas Melampau

Diterbitkan: Ahad, 23 Julai 2017 4:58 PM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Suhu kekal tinggi di timur dan barat Jepun pada Ahad, meletakkan negara ini terus berada dalam cuaca panas melampau sejak seminggu lalu.

Agensi Meteorologi Jepun telah mengeluarkan amaran mengenai kepanasan melampau yang dijangka melanda beberapa kawasan dan menasihatkan orang ramai berjaga-jaga bagi mengelak terkena strok haba.

Pada Sabtu, suhu tertinggi dicatatkan pada 36 darjah di Hita dan 35 darjah di Fukuoka serta Tottori, selain Osaka, Takamatsu, Fukui dan Saitama.

Bagi bandar seperti Tokyo, Nagoya dan Hiroshima pula , suhunya mencecah 33 darjah pada tengah hari Sabtu.

Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran dan Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk menambah pengambilan air dan sentiasa berada di lokasi yang sejuk terutama waktu malam.

Dalam tempoh seminggu setakat Jumaat, lebih 1,800 orang telah mendapatkan rawatan akibat strok haba di hospital seluruh Jepun.

Agensi itu juga menggesa orang ramai yang bekerja di kawasan bencana seperti utara Kyushu supaya memberi perhatian kepada kesihatan mereka.

Sementara itu, hujan turun di sekitar Akita pada Ahad, begitu juga wilayah Tohoku yang bukan sahaja mengalami hujan, malahan dilanda banjir kilat.

Tags / Kata Kunci: Jepun , Tohoku

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan