Main Gitar Sepanjang Tujuh Jam Otak Dibedah

Diterbitkan: Sabtu, 22 Julai 2017 1:30 PM

(Ubah saiz teks)

BANGALORE: Suasana sunyi sepi di bilik bedah di sebuah hospital di sini bertukar apabila pesakit yang otaknya sedang dibedah sekumpulan pakar masih mampu memetik gitar.

Abhishek Prasad menjalani prosedur itu kerana masalah saraf yang mengakibatkan jarinya kejang dan menyukarkan dia memetik gitar.

Lelaki warga India berusia 37 tahun itu telah disarankan supaya menjalani prosedur dikenali sebagai distonia pemuzik di Hospital Bhagwan Mahaveer Jain di sini.

Pakar bedah perlu menggerudi tempurung kepalanya ketika dia diberi anestetik dan dipasang elektrod yang akan menunjukkan bahagian otak yang dirawat untuk menangani masalah saraf yang dialaminya itu.

"Sepanjang proses pembedahan itu, Abhishek dalam keadaan jaga dan memetik gitarnya kerana ia berdepan masalah saraf ketika bermain gitar dan dengan cara itu lebih mudah untuk doktor mengetahui lokasi tepat saraf yang bermasalah itu," kata Dr Sharan Srinivasan.

Prosedur itu dianggap sebagai sesuatu yang magik sepanjang tujuh jam lelaki itu di meja bedah.

"Saya teruja melihat jari dengan mudah dapat memetik gitar berbanding sebelum ini," katanya.- AFP


Tags / Kata Kunci: Abhishek Prasad , Bangalore

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan