Anak Lembu Jelmaan Suami

Diterbitkan: Sabtu, 22 Julai 2017 3:20 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita di Kemboja tinggal bersama seekor anak lembu yang dipercayai jelmaan suaminya yang telah meninggal dunia.

Khim Hang,74, menjadi perhatian dunia selepas hidup sebumbung dengan anak lembu berusia lima bulan.

Hang yang ternyata kecewa dengan kematian suaminya Tol Khut setahun lalu, namun percaya mendiang suaminya itu masih hidup dan menjelma sebagai anak lembu.

Anak lembu itu sentiasa menjilat tangan mereka sekeluarga sekaligus menambahkan lagi kepercayaan bahawa itu adalah Tol.

Dengan alasan tersebut, anak lembu itu dibawa tinggal dan tidur bersama dengan Hang dan anak-anaknya.


Tags / Kata Kunci: Anak Lembu , Jelmaan Suami

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan