Tembak Pengedar Dadah Tanpa Belas Kasihan - Jokowi

Diterbitkan: Sabtu, 22 Julai 2017 5:29 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Presiden Joko Widodo mengeluarkan arahan menembak mati pengedar dadah warga asing sebagai tindakan lebih tegas dalam memerangi musuh negara itu.

"Polis dan pihak tentera telah bertindak tegas terutama ketika berdepan pengedar dadah di negara ini.

"Jika ditahan, tembak saja, jangan tunjukkan belas kasihan," katanya yang dikenali sebagai Jokowi.

Bercakap pada majlis di sini pada Jumaat malam, beliau juga memberi amaran bahawa negara itu dalam keadaan serius kerana masalah dadah.

Bagaimanapun, komennya telah menarik perhatian rakan sejawatannya, Rodrigo Duterte yang telah dikritik hebat kerana tindakannya memerangi pengedar dadah dan mengakibatkan ribuan terkorban.

Indonesia adalah antara negara yang menguatkuasakan undang-undang berkaitan dadah yang tegas dan setakat ini 18 pengedar dadah telah ditembak mati sejak 2013.

Daripada jumlah itu, 15 adalah warga asing  termasuk Andrew Chan dan Myuran Sukumaran iaitu anggota kumpulan Bali Nine yang cuba menyeludup 8.3 kg heroin pada April 2005.

Dianggarkan Indonesia mempunyai 1.2 juta penagih dadah di seluruh negara itu.

Tags / Kata Kunci: Jokowi , Andrew Chan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan