Bumi Turki Bergegar

Diterbitkan: Jumaat, 21 Julai 2017 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

ADA yang berlari ketakutan, malah ada yang berlindung di bawah meja untuk menyelamatkan diri.

Itu antara senario yang sempat dirakam penduduk tempatan selepas gempa bumi berukuran 6.7 skala ritcher melanda Turki.

Hingga kini dua dilaporkan maut dan puluhan yang lain mengalami kecederaan.

Gempa yang melanda persisiran Pantai Aegean itu berpusat 10.3 kilometer dengan kedalaman 10 kilometer.

Beberapa gempa susulan turut dirasai di Pulau Kos, Greece yang menjadi lokasi tumpuan pelancong.

Tags / Kata Kunci: Gempa Bumi , Turki

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan