Jalani Ujian HIV Gara-Gara Serpihan Picagari Dalam Aiskrim

Diterbitkan: Khamis, 20 Julai 2017 2:15 PM

SERPIHAN tibu picagari yang ditemukan dalam aiskrim.

(Ubah saiz teks)

QUEBEC: Saat gembira tiga sekeluarga di Kanada menyambut kelahiran bayi lelaki, bertukar menjadi detik suram apabila seorang dari mereka menemukan cebisan tiub yang digunakan pada picagari dalam di dalam aiskrim yang dijamah oleh mereka.

Ketiga-tiga mereka pada mulanya menikmati aiskrim berperisa kacang, coklat dan karamel berjenama Coaticook sebelum datuk kepada bayi lelaki berkenaan merasakan sesuatu yang keras di dalam mulutnya. 

Lelaki itu kemudiannya mengeluarkan objek keras tersebut dan mendapati ia adalah tiub saluran picagari.

Lebih menakutkan lagi, hujung tiub tersebut terdapat benda cecair keras yang gelap, tidak dapat dipastikan sama ada karamel atau darah.

“Dia masukkan ke dalam mulut dan menjumpai serpihan picagari,” kata Carole-Anne Christofferson kepada Radio-Canada.

“Dia yang paling teruk terkesan. Dia tidak sanggup untuk bercakap tentang hal itu," kata anak perempuan kepada lelaki tersebut.

Aiskrim itu dibeli di sebuah kedai runcit di Trois-Rivières, Quebec.

Selepas menghubungi unit kesihatan Quebec, keluarga itu disarankan untuk menjalani pemeriksaan jangkitan HIV, serta Hepatitis A,B dan C.

Mereka juga perlu menjalani pemeriksaan darah bagi tempoh enam bulan akan datang.

Christofferson membuat aduan kepada pembuat aiskrim tanpa mengambil sebarang tindakan undang-undang.

Sementara itu, wakil pengeluar aiskrim mengatakan itu adalah kali pertama mereka menerima aduan seperti itu dan mereka akan menyiasat insiden itu.

Berdasarkan nombor siri produk, mereka boleh mengetahui tarikh aiskrim itu dibuat dan sedang memeriksa rakaman litar tertutup.

Wakil dari Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada akan mengadakan pemeriksaan di Coaticook pada Selasa depan. - CBC.ca

Tags / Kata Kunci: HIV

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan