Demi Kasih Ibu, Lelaki Ini Sanggup...

Diterbitkan: Khamis, 20 Julai 2017 5:40 PM

Foto paparan skrin video 'Pear'

(Ubah saiz teks)

DEMI kasih seorang ibu, seorang lelaki dari Guilin, China dilaporkan sanggup berpakaian wanita di hadapan ibunya sejak kakaknya meninggal dunia 20 tahun lalu.

Tindakan lelaki itu sebenarnya mahu menghiburkan hati ibunya yang kesedihan.

Sebuah video 'Pear' menunjukkan seorang lelaki memakai pakaian tradisional cheongsam semasa melihat ibunya, baru-baru ini.

Video tersebut ditonton lebih empat juta kali.

Lelaki berkenaan bagaimanapun bukan seorang maknyah, malah dia tidak suka memakai pakaian wanita.

Apa yang dilakukannya sejak dua dekad lalu sekadar untuk menggembirakan ibunya yang sudah tua.

Ibunya menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit mental selepas kematian anak perempuannya.

Sebagai anak, dia terpaksa berpakaian wanita di hadapan ibunya bagi menggembirakannya. - odditycentral

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan