CIA Henti Program Bantu Penentang Syria

Diterbitkan: Khamis, 20 Julai 2017 1:07 PM

ANGGOTA kumpulan penentang kerajaan Syria menjalani latihan bersama CIA. - GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Usaha untuk menjatuhkan Presiden Syria, Bashar al-Assad semakin sukar apabila Amerika Syarikat mengambil keputusan untuk menghentikan program Agensi Perisikan Pusat (CIA) membekalkan peralatan dan melatih kumpulan penentang kerajaan Syria.

Menurut laporan portal Washington Post yang memetik kenyataan dua pegawai kerajaan AS yang enggan dikenali, program tersebut telah digantung bermula Rabu.

Keputusan White House itu, menurut seorang daripada pegawai terbabit, merupakan usaha kerajaan pimpinan Presiden Donald Trump untuk mengukuhkan hubungan dengan Rusia.

Moscow bersama-sama Iran merupakan sekutu kuat Bashar dan membantu Dasmyik memerangi kumpulan pemberontak sejak perang tercetus enam tahun lalu.

Program CIA bermula pada 2013 sebagai usaha Presiden terdahulu, Barack Obama untuk menggulingkan Bashar, tetapi hanya mencapai kejayaan kecil.

Jurucakap White House, sarah Sanders enggan mengulas lanjut tentang keputusan tersebut, begitu juga dengan CIA.

Menurut sumber, keputusan menghentikan program CIA itu telah dibuat hampir sebulan lalu apabila Penasihat Keselamatan Negara, H.R. McMaster dan Pengarah CIA, Mike Pompeo mengadakan pertemuan dengan pegawai berpangkat rendah.

Pertemuan itu diadakan sebelum Trump bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada 7 Julai di Sidang Kemuncak G20 di Berlin.

Bagaimanapun sumber itu berkata, keputusan itu bukan sebahagian daripada rundingan AS-Rusia berhubung gencatan senjata di barat daya Syria. - Al Jazeera

Tags / Kata Kunci: CIA , Syria

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan