Wanita Percaya Anak Lembu Jelmaan Suami

Diterbitkan: Khamis, 20 Julai 2017 2:57 PM

(Ubah saiz teks)

KRATIE: Media sosial di Kemboja dikejutkan dengan dakwaan bahawa seekor anak lembu berusia lima bulan dipercayai seorang wanita sebagai jelmaan semula suaminya yang telah meninggal dunia.

Khim Hang, 74, berkata rumahnya di timur laut wilayah Kratie sentiasa dikunjungi sekitar 100 orang setiap hari untuk melihat anak lembu tersebut yang didakwanya berkelakuan hampir sama dengan suaminya, Tol Khut yang meninggal dunia lebih setahun lalu.

"Saya percaya anak lembu itu adalah suami saya kerana apa sahaja dilakukannya, hampir sama dengan kelakuan suami saya ketika dia masih hidup," katanya.

Anak lembu itu dilahirkan pada Mac lalu dan mendapat perhatian netizen.

"Saya fikir agak luar biasa melihat lembu naik ke rumah seperti ini. Jadi saya datang ke sini untuk melihat dengan mata saya sendiri," kata Thach Vin, 32, yang terlihat video anak lembu itu menaiki tangga ke rumah keluarga tersebut.

Apabila berada di dalam rumah itu, anak lembu tersebut akan diberi makan, dimandikan dan dibiarkan tidur dengan beralaskan sebuah bantal gebu milik Tol Khut.

Kira-kira 95 peratus rakyat Kemboja beragama Buddha dan mereka percaya roh seseorang itu akan dijelmakan semula selepas kematian.

"Saya akan sentiasa menjaga anak lembu ini sepanjang hayat saya," kata Khim Hang.

Tags / Kata Kunci: anak lembu , Kemboja

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan