Mayat Suami Isteri Ditemukan Selepas 75 Tahun

Diterbitkan: Rabu, 19 Julai 2017 10:56 AM

MAYAT pasangan suami isteri yang ditemukan di banjaran Alps selepas 75 tahun. - AFP

(Ubah saiz teks)

GENEVA: Mayat pasangan suami isteri yang hilang di banjaran Alps sejak 75 tahun lalu, telah dijumpai terdampar di kawasan glasier, media Switzerland melaporkan pada Selasa.

Mayat mereka telah ditemukan terdampar di Diablerets, selatan Switzerland, bersama beg galas, botol, buku, dan jam tangan, lapor akhbar Le Matin.

Tuan empunya resort ski Glasier 3000, Bernard Tschannen, memberitahu Le Matin bahawa mayat-mayat itu ditemukan pada Khamis lalu.

“Mayat berkenaan merupakan seorang wanita dan lelaki yang memakai pakain seragam Perang Dunia Kedua,” katanya.

“Mayat itu diawet sempurna disebabkan persekitaran berais dan barang-barang mereka masih berada dalam keadaan yang baik," katanya.

Menurut Tschannen, pasangan itu mungkin telah jatuh ke jurang glasier.

Ujian DNA akan dilaksanakan untuk mengesahkan identiti mereka, tetapi Le Matin yang memetik kenyataan pakar kasut zaman 40-an, Marceline Dumoulin berkata dia percaya bahawa itu adalah mayat ibu bapanya yang hilang sejak 15 Ogos 1942.

Marcelin Dumoulin, 40, bersama isterinya, Francine, seorang guru berusia 37 tahun, telah meninggalkan kampung mereka di Chandolin bagi melepaskan lembu mereka untuk meragut rumput di lereng gunung.

Misi mencari dan menyelamat pasangan suami isteri itu dilaksanakan selama lebih dari dua bulan dan selepas pencarian gagal, tujuh anak mereka iaitu lima lelaki dan dua perempuan,  dihantar ke rumah anak yatim.

“Kami sentiasa dan tidak berputus asa mencari mereka. Kami tahu, kami tidak akan mampu memberi pengebumian yang terbaik untuk mereka,” kata Marceline yang berusia empat tahun ketika ibu bapanya menghilangkan diri, lapor Le Matin.

Tags / Kata Kunci: Mayat

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan